Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


SKIM BANTUAN KEPERLUAN PESAKIT KRONIK, OKU TERLANTAR AKAN DILAKSANAKAN ALOR SETAR – Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, YB Halimaton Shaadiah Saad mempengerusikan mesyuarat di bawah pengurusan Jabatan Kebajikan Masyarakat berkaitan taklimat Skim Bantuan Barangan Keperluan Khas Pesakit Kronik dan OKU Terlantar baru-baru ini. Skim ini merupakan salah satu inisiatif dari bajet 2021 yang telah diluluskan oleh kerajaan Negeri Kedah yang menunjukkan keprihatinan kerajaan Negeri kepada permasalahan rakyat. Menurut Hajah Halimaton, sebagai Exco Kebajikan adalah menjadi keutamaan beliau untuk menjaga kebajikan pesakit terlantar. Oleh sedemikian, beliau akan mengambil perhatian yang serius tentang skim yang dilaksanakan ini bagi memberi manfaat kepada waris dan pesakit. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 1/12/2021, 9:00:40 PM 

Tiada ulasan