Header Ads

test

YAYASAN PENDIDIKAN PENDANG BANTU ELAK KECICIRAN PELAJAR ALOR SETAR – Yayasan Pendidikan Pendang merancang beberapa program bagi...


YAYASAN PENDIDIKAN PENDANG BANTU ELAK KECICIRAN PELAJAR ALOR SETAR – Yayasan Pendidikan Pendang merancang beberapa program bagi membangunkan pendidikan pelajar sekolah khususnya di Pendang. Usaha ini untuk memastikan mereka tidak keciciran walaupun mendepani cabaran pandemik COVID-19. ADUN Sungai Tiang, YB Suraya Yaacob berkata program yang akan dianjurkan ini memfokuskan Bahasa Inggeris bagi tahun 2021. Menurut wakil Yayasan Pendidikan Pendang, program pertama bagi pembukaan sesi persekolahan tahun 2021 melibatkan program kelas tuisyen insentif Bahasa Inggeris "Mind Your English" akan dirancang melibatkan pelajar-pelajar tahun empat dan lima sekolah rendah. Program ini diharapkan mencapai objektifnya bagi memupuk minat pelajar-pelajar terhadap Bahasa Inggeris bermula di peringkat sekolah rendah lagi. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 1/21/2021, 12:45:54 PM 

Tiada ulasan