Header Ads

test

'CANCER SURVIVOR' KONGSI PENGALAMAN KUALA KEDAH – Cancer Survivor Club menganjurkan Hari Kanser Sedunia bagi memberi memberi k...


'CANCER SURVIVOR' KONGSI PENGALAMAN KUALA KEDAH – Cancer Survivor Club menganjurkan Hari Kanser Sedunia bagi memberi memberi kesedaran, kefahaman dan motivasi kepada pesakit kanser serta masyarakat. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YB Halimaton Shaadiah Saad hadir merasmikan program tersebut yang diadakan di Masjid Al-Makrufi, Seberang Kota Kuala Kedah, semalam. Presiden Club Cancer Survivor, Zuraini Kamal, yang juga merupakan ikon bekas pesakit kanser yang telah sembuh berkata penganjuran ini bertujuan memberi suntikan semangat kepada pesakit kanser dan memberi pendedahan awam kepada masyarakat agar sentiasa menyokong golongan ini untuk terus berjuang demi kesembuhan. Menurut YB Halimaton, beliau sangat mengalu-alukan program sebegini agar dapat memberi input dan manfaat kepada rakyat . Program ini juga turut melibatkan agensi-agensi kerajaan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat, Lembaga Penduduk Pembangunan Keluarga Negara, Agensi Antidadah Kebangsaan dan Polis Diraja Malaysia. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA #MediaMBKedah -UPDA 2/21/2021, 3:18:42 PM 

Tiada ulasan