Header Ads

test

HARI PERTAMA SPM BERJALAN LANCAR Exco Pendidikan, Brigedier Jeneral (B) Dato' Haji Najmi Haji Ahmad berkesempatan membuat tinja...


HARI PERTAMA SPM BERJALAN LANCAR Exco Pendidikan, Brigedier Jeneral (B) Dato' Haji Najmi Haji Ahmad berkesempatan membuat tinjauan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang dijadualkan bermula hari ini. Beliau hadir ke ke Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Kedah awal pagi tadi. "Sejuk mata melihat anak-anak ini tekun dan fokus menjawab peperiksaan. Dari jauh, saya doakan mereka termasuk semua calon SPM di seluruh negara dipermudahkan menjawab peperiksaan dan cemerlang dalam keputusan masing-masing," ujar beliau. Turut hadir Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri, Haji Rozaini Ahmad dan Pegawai Pendidikan Daerah Kota Setar, Haji Ishak Zulkifli. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA #MediaMBKedah -UPDA 2/22/2021, 6:00:01 PM 

Tiada ulasan