Header Ads

test

LIMA LRA BARU SELESAIKAN MASALAH AIR ALOR SETAR - Kerajaan negeri sedang berusaha menyelesaikan masalah air secara bersepadu de...


LIMA LRA BARU SELESAIKAN MASALAH AIR ALOR SETAR - Kerajaan negeri sedang berusaha menyelesaikan masalah air secara bersepadu dengan mempercepatkan pembinaan lima loji rawatan air (LRA) dan menukar paip air bawah tanah yang bocor. Kemelut air akan dapat diselesaikan dalam tempoh empat tahun. " Air terawat tanpa hasil (NRW) kita sekarang ini mencapai 48 peratus. Terdapat beberapa cadangan bagi mengatasi NRW secara holistik untuk menurunkan daripada 48 peratus kepada 30 peratus. Kita nak capai proses menurunkan NRW ni selari dengan pembinaan lima LRA untuk elak lebih banyak kehilangan air," ujar Menteri Besar, YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) baru-baru ini. Haji Sanusi berharap agar Kementerian Kewangan menyegerakan surat setuju terima (SST) bagi membolehkan pembinaan LRA dapat dimulakan segera. LRA baru yang dibiayai Kerajaan Persekutuan ialah Bukit Selambau, Sungai Limau, Jenun Baru dan Lubuk Buntar Lama manakala Pelubang akan dibina dengan pinjaman kewangan. Menteri Besar turut memberi respon berkaitan gangguan bekalan air di Merbok, Tanjung Dawai dan Gurun yang melibatkan kira-kira 3000 akaun pengguna. Ia berikutan loji air tidak dapat memenuhi permintaan air bersih kerana kawasan tadahan air Gunung Jerai diancam penyusutan air mentah setelah ditimpa musim kemarau sejak pertengahan Januari lalu. Bagaimanapun, sebanyak 25 lori berkapasiti 1200 gelen dan 3 lori jumbo berkapasiti 12 ribu sehingga 13 ribu gelen telah digerakkan bagi membuat agihan air di kawasan terlibat. Tangki statik juga ditempatkan dan pengisian dibuat setiap hari. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA #MediaMBKedah -UPDA 2/19/2021, 4:20:56 PM 

Tiada ulasan