Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


"Buka tunjuk muka sat, nak tengok betui ka ni Menteri Besaq," kata Aunt Ah Nyet atau nama sebenarnya, Ooi Eng See, 86, kepada Haji Muhammad Sanusi Md Nor ketika Menteri Besar Kedah itu menziarah mangsa dan lokasi kebakaran berhampiran Pasar Koboi, Teluk Wan Jah, petang semalam. Patuh pada permintaan warga emas itu, Haji Sanusi pun buka face masknya sambil berkata, "muda lagi..." "Macam kita la, kita pun muda lagi," disambut Aunt Ah Nyet yang mengundang tawa semua yang ada di lokasi itu. Ketika berbual dengan Menteri Besar Kedah, warga emas asal Pulau Tuba, Langkawi itu bercerita dia pernah bekerja dengan beberapa pembesar sebagai tukang masak termasuk Almarhum Bapa Kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman. "Kita bukan baru duk 'campoq' dengan orang-orang besaq ni. Sabit tu bila dengaq Menteri Besaq nak mai, kita keluaq duk tungu tang ni," kata Ah Nyet yang berkerusi roda. Menurut cerita jiran-jirannya, Ah Nyet sedang masak untuk makan malam apabila diberitahu Haji Sanusi dan rombongan lalu di hadapan rumahnya dalam perjalanan meninjau tapak kebakaran tidak jauh dari situ. Sebaik mendapat maklumat itu, Ah Nyet bergegas tinggalkan dapur untuk melihat Menteri Besar Kedah itu dengan lebih dekat. Haji Sanusi pula, seusai melawat dan diberi taklimat mengenai kejadian, segera dimaklumkan oleh bodyguard beliau, Shahrel Elham mengenai Ah Nyet yang begitu teringin hendak bertemu sua dengan MB Kedah. Haji Sanusi tinggalkan kenderaan yang sudah sedia menunggu, lalu melangkah kira-kira 50 meter ke tempat di mana Ah Nyet sudah sedia menanti. Begitulah resam jadi pemimpin. Apabila sudah mengambil amanah, 'al-adalah' sebagai salah satu daripada enam teras "Kedah Sejahtera - Nikmat Untuk Semua" harus jadi pegangan tanpa mengira latar belakang dan sebarang perbezaan. Petang ini adalah petang yang cukup 'ong' bagi Aunt Ah Nyet menjelang Kong Hee Fat Choy tahun ini. "Xin Nian Kuai Le" 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA #ThisIsMBKedah #KedahTempatOrangMiskinBerteduhTempatOrangKayaBerbakti -UPDA 2/10/2021, 6:26:25 PM 

Tiada ulasan