Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


SEKOLAH TAMIL DIBENAR DUDUKI TANAH KERAJAAN ALOR SETAR – Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Ladang Sungai Ular, Kulim terima kebenaran menduduki tanah secara percuma daripada Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK). Menteri Besar, YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor berkata tanah Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Ladang Sungai Ular, Mukim Kulim merupakan milik PKNK. "Minggu lepas, PKNK bersetuju memberi kebenaran kepada Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Ladang Sungai Ular, Kulim bagi menduduki tanah tersebut secara percuma dan akan diperbaharui setiap tiga tahun. Keluasan yang diberi ialah 1.107 ekar yang akan ditandakan. "PKNK berbesar hati untuk memberi kelulusan pendudukan tanah ini secara percuma kepada Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Ladang Sungai Ular," ujar beliau. Menurut Guru Besar Sekolah Tamil Sungai Ladang Ular, M. Palaniappan sebelum ini pihak sekolah perlu membayar kepada PKNK sebanyak RM163 ribu selama 30 tahun. Pihak sekolah telah memaklumkan kepada kerajaan negeri bahawa tidak mampu untuk membayar sejumlah wang tersebut. Maklum beliau lagi, seramai 170 murid yang menduduki sekolah tersebut. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 2/10/2021, 7:36:32 PM 

Tiada ulasan