Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


MANGSA KEBAKARAN TERBELA ALOR SETAR-Nasib enam keluarga di kawasan Teluk Wan Jah yang ditimpa kebakaran Disember lalu mendapat perhatian dari kerajaan negeri Kedah. Menteri Besar Kedah, YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor hadir ke sini menyampaikan bantuan kepada mangsa kebakaran. Masing-masing menerima RM6000 bersama sumbangan lain sempena Tahun Baharu Cina. Menurut Muhammad Sanusi, beliau mengharapkan agar keluarga yang menerima ujian ini dapat menyambut perayaan seperti masyarakat Cina yang lain. Katanya, sumbangan yang disampaikan adalah sebagai tanda ingatan kerajaan negeri terhadap masyarakat Cina. "Banyak tanda ada, sikit tanda ingat," ujarnya. Selain itu, mangsa-mangsa kebakaran turut menerima bantuan sumbangan daripada badan bukan kerajaan(NGO) masing-masing sebanyak RM35,000. Sumbangan disampaikan kepada ketua-ketua keluarga tersebut. Turut hadir Exco Perumahan, Perpaduan, Hal Ehwal Masyarakat Cina dan Siam, YB Robert Ling Kui Ee dan Pegawai Dearah Kota Setar, Dato' Asri Redha Abdul Rahman. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 2/10/2021, 9:00:15 PM 

Tiada ulasan