Header Ads

test

KEDAH TAJA PELAJAR CEMERLANG ALOR SETAR – Kerajaan negeri bersetuju melaksanakan insentif pinjaman Pembiayaan Pendidikan Neger...


KEDAH TAJA PELAJAR CEMERLANG ALOR SETAR – Kerajaan negeri bersetuju melaksanakan insentif pinjaman Pembiayaan Pendidikan Negeri Kedah (PPNK) berkaitan penukaran pinjaman boleh ubah kepada biasiswa dan pemberian diskaun khas untuk pelajar cemerlang. Menteri Besar, YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor berkata, biasiswa ini adalah kepada pelajar yang mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda secara sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam atau Swasta di dalam negara sahaja. "Kerajaan negeri bersetuju untuk memberi insentif penukaran pinjaman boleh ubah dengan biasiswa dengan diskaun 100 peratus kepada peminjam yang mendapat keputusan cemerlang dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.75 ke atas," ujar beliau ketika sidang media selepas mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan di Wisma Darul Aman, hari ini. Maklum beliau lagi, bagi tahun 2021 sehingga Mac ini terdapat empat peminjam yang layak menerima diskaun sebanyak 100 peratus dan lapan peminjam menerima diskaun 50 peratus. "Kerajaan juga bersetuju memberi insentif yang berupa diskaun 50 peratus kepada peminjam yang mendapat PNGK 3.5 sehingga 3.74. "Jumlah keseluruhan pemberian biasiswa diskaun 100 peratus dan diskaun 50 peratus pelajar cemerlang bagi tahun 2021 sehingga dua Mac berjumlah RM189,366.98," jelas beliau lagi. Beliau memaklumkan, sebarang maklumat perlu layari Portal Seksyen Pembiayaan Pendidikan Negeri Kedah di pautan sppnk.kedah.gov.my. "Saya menyeru kepada semua anak Kedah penerima pinjaman pendidikan SPPNK yang sedang dalam pengajian untuk belajar bersungguh-sungguh bagi mengharumkan Negeri Kedah yang kita sayangi dan secara tidak langsung dapat insentif seperti ini," katanya lagi. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 3/24/2021, 6:00:01 PM 

Tiada ulasan