Header Ads

test

Saya maklum awal untuk mereka bersedia – Haji Sanusi ALOR SETAR – Kedah buka pintu rundingan kepada Pulau Pinang sekiranya meme...


Saya maklum awal untuk mereka bersedia – Haji Sanusi ALOR SETAR – Kedah buka pintu rundingan kepada Pulau Pinang sekiranya memerlukan air mentah dari Sungai Muda untuk kegunaan mereka. Setelah sekian lama menanti kesudian Pulau Pinang untuk berunding, kerajaan negeri Kedah terpaksa meneruskan beberapa projek berkaitan air untuk kegunaan seluruh wilayahnya bagi tujuan pertanian dan kegunaan domestik. Menurut Menteri Besar, YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor, projek tersebut dijangka memberi kesan kepada aliran Sungai Muda. Justeru itu, pihaknya memaklumkan pintu rundingan kepada Pulau Pinang sentiasa terbuka untuk mendapatkan sumber air mentah dari Sungai Muda. "Kita bukan tutup pintu rundingan. Kita sentiasa terbuka untuk berunding tentang pembayaran air mentah tu. "Bukan kita tak mahu bagi air, kita nak bagi air tetapi perlu bayaranlah sebab kita perlu kos selenggara di kawasan tadahan air itu. Kecuali Pulau Pinang bersedia untuk berpakat dengan negeri Kedah," ujar beliau kepada media selepas mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan di Wisma Darul Aman, hari ini. Umum beliau lagi, antara projek tersebut ialah 14 Takungan Air Pinggiran Sungai (TAPS) yang melibatkan takungan air yang besar kedalaman 20 ke 30 meter lebar hingga satu kilometer. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 3/24/2021, 8:00:44 PM 

Tiada ulasan