Header Ads

test

KERAJAAN KEDAH PERTAHAN ARKEOLOGI SUNGAI BATU ALOR SETAR - Kerajaan negeri akan mengalihkan laluan yang berada dalam kawasan ta...


KERAJAAN KEDAH PERTAHAN ARKEOLOGI SUNGAI BATU ALOR SETAR - Kerajaan negeri akan mengalihkan laluan yang berada dalam kawasan tapak kajian arkeologi Sungai Batu, Merbok bagi memastikan tiada lagi gangguan dan pencemaran yang boleh merosakkan nilai tinggalan sejarah tersebut. Menteri Besar Kedah memberi komitmen untuk memelihara warisan tersebut dengan memastikan kawasan kajian tiada gangguan dan tapak tersebut akan melepasi syarat kelayakan untuk diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia dari UNESCO. "Kerajaan bercadang membina laluan baru bagi menggantikan jalan atas tapak arkeologi yang dimiliki oleh Jabatan Warisan untuk mengelak aktiviti keluar masuk secara bebas ke kawasan kajian dan sebagai kemudahan asas penduduk di lot bersebelahan (tanah milik kerajaan negeri). Jalan sedia ada didapati terletak di atas tanah Jabatan Warisan yg boleh mendedahkan kawasan kajian kpd kacau ganggu," ujar YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor dalam sidang media semalam. Menurutnya, dakwaan bahawa terdapat tindakan menghalau kumpulan pengkaji tapak itu adalah tidak benar dan berunsur fitnah. Sebelum ini, kerajaan negeri diwakili Bahagian Perancang Ekonomi Negeri (BPEN) dan Pejabat Daerah Kuala Muda telah berunding dengan kumpulan pengkaji bagi menyelesaikan isu kedudukan kontena milik pengkaji yang berada di tanah milik kerajaan negeri. Kerajaan negeri terbuka sekiranya kontena tersebut tidak dialihkan dari tanah milik kerajaan negeri atau mahu dipindahkan ke dalam tanah milik Jabatan Warisan. Sekiranya kontena itu kekal di tempat sama, maka kerajaan negeri bersedia mengalihkan jalan baru yang dicadang supaya tidak mengganggu kontena pengkaji. "Jabatan Warisan membenarkan jika para pengkaji daripada Universiti Sains Malaysia berhasrat memindahkan kontena mereka masuk ke tanah milik jabatan itu. Kerajaan negeri bersetuju membenarkan pengkaji kekal di tapak asal jika mereka berhasrat berbuat demikian. Jalan mini tar boleh dilencongkan sedikit untuk mengelak kontena dan kawasan pameran para pengkaji. Untuk makluman, kawasan kontena dan pameran itu terletak atas tanah kerajaan, di luar lot milik Jabatan Warisan (tapak arkeologi)," jelas beliau lagi. Sebelum ini, Menteri Besar mengarahkan Pejabat Daerah Kuala Muda menguruskan urusan pemindahan penduduk yang menetap tanah milik kerajaan negeri bersebelahan tanah milik Jabatan Warisan. Beliau juga menetapkan agar satu zon penampan diadakan bagi menjarakkan kawasan kajian dan kawasan perumahan penduduk yang baru. "Tanah di sebelah tapak arkeologi ini memang milik kerajaan negeri, sebahagiannya dicadang diberikan sebagai tapak rumah penduduk miskin sekitar dan sebahagian lagi akan dibiarkan kosong sebagai zon penampan penempatan penduduk dengan kawasan kajian," sambung Haji Sanusi. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 3/10/2021, 12:00:02 PM 

Tiada ulasan