Header Ads

test

M89 RIBU BELANJA ATASI PENCEMARAN SAMPAH KUALA SALA YAN – Kerajaan negeri memberi peruntukan khas RM89 ribu kepada Pejabat Daer...


M89 RIBU BELANJA ATASI PENCEMARAN SAMPAH KUALA SALA YAN – Kerajaan negeri memberi peruntukan khas RM89 ribu kepada Pejabat Daerah Yan untuk melaksanakan kerja pembersihan pencemaran sampah sarap yang kritikal di Kuala Sala. Menteri Besar, YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor berkata, peruntukan ini meliputi kos alatan, logistik dan kerja pembersihan yang melibatkan kos yang tinggi. "Saya mengambil kesempatan ini untuk memberi nasihat kepada sahabat-sahabat kita di Kuala Sala yang tinggal berhampiran laut supaya tidak membuang sampah sesuka hati dan mengamalkan disiplin kebersihan. Sampah-sampah itu perlu di buang di dalam tong sampah. Kita akan menyediakan tong sampah besar di kawasan itu untuk kegunaan penduduk. "Kos pembersihan pencemaran kini ditanggung oleh pihak lain. Kerja buang sampah ini tidaklah susah, hanya perlukan sedikit disiplin diri sahaja," ujar beliau ketika sidang akhbar selepas Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah di Pejabat Daerah dan Tanah Yan, hari ini. Tambah beliau lagi, lebih menyedihkan pencemaran sampah ini telah mengakibatkan pulau-pulau yang berdekatan turut tercemar. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 3/17/2021, 3:39:03 PM 

Tiada ulasan