Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


KEDAH MOHON KELONGGARAN OPERASI PELANCONGAN LANGKAWI LANGKAWI – Kerajaan negeri mohon pertimbangan Kerajaan Persekutuan agar Pulau Langkawi dapat menjalankan operasi sektor pelancongan berikutan 80 peratus penduduknya bergantung sumber ekonomi kepada aktiviti pelancongan. Menteri Besar, YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor berkata walaupun Kedah masih di dalam senarai antara negeri yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), beliau tetap memohon kepada Majlis Keselamatan Negara mempertimbangkan agar sektor pelancongan di Langkawi berjalan seperti biasa dengan melaksanakan SOP yang ditetapkan. "Selepas pandemik COVID-19 ini akan ada lagi promosi-promosi pelancongan ke Langkawi. Banyak projek baru yang akan berlaku di Langkawi untuk menarik minat pelancong," ujar beliau ketika sesi Hello YB di siaran Langkawi fm semalam. Menurut Haji Sanusi, kerajaan Kedah sentiasa berusaha untuk memajukan Pulau Langkawi dengan membuka peluang pelaburan bagi meningkatkan fasiliti serta tarikan pelancongan di sana. "Contohnya projek Eagle Nest Skywalk di Gunung Mat Cincang yang sepanjang 38 meter akan menjadi skydeck (jambatan gantung) yang terpanjang di dunia yang menelan belanja RM30 juta. Selain itu, projek Langkawi Premium Outlet (LPO) berhampiran Lapangan Terbang serta Widad Group khususnya di Widad Langkasuka yang akan membawa 40 billion," ujar Menteri Besar. Tambah beliau lagi, pada tahun 2035 Kedah akan menjadikan Langkawi sebagai pelancongan pulau yang bertaraf dunia. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 3/16/2021, 9:14:48 AM 

Tiada ulasan