Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


The Puppet Master-Trilogy: Angkat Martabat Wayang Kulit Kedah ALOR SETAR – Kisah perjuangan memartabatkan wayang kulit Kedah oleh Mat Lebai Lateh atau lebih dikenali dengan panggilan Tok Khedheng diadaptasi semula di dalam Filem The Puppet Master-Trilogy. Menteri Besar, YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor berkata filem yang diterbitkan ini merupakan salah satu usaha kerajaan negeri dalam menggerakkan ekonomi termasuk perfileman, seni dan budaya dalam suasana kita belum lagi menang memerangi COVID-19. "Saya juga ingin mengucapkan syabas kepada semua yang terlibat dalam produksi "The Puppet Master – Trilogy" yang diilhamkan daripada kisah benar seorang Tok Dalang Wayang Kulit Kedah tersohor pada era 70 dan 80-an kerana berani serta yakin mengangkat asas budaya masyarakat Kedah iaitu Wayang Kulit Kedah dan Manora Siam Kedah ke persada dunia," ujar beliau ketika Majlis Perasmian dan Pelancaran Filem The Puppet Master – Trilogy di Dewan Sri Mentaloon, semalam. Haji Sanusi berbangga dengan pengarah filem ini yang berusaha memartabatkan warisan kesenian wayang kulit Kedah dalam hasil karyanya. Dengan pemilihan lokasi penggambaran di sekitar Sik, usaha tersebut juga dilihat sebagai satu promosi tempat menarik di Kedah dari aspek pelancongan warisan. "Ketika semua orang sedang leka mengejar kecanggihan teknologi dan inovasi dalam pembikinan filem, produksi yang diterajui oleh anak jati negeri Kedah, Imran Haji Ismail berani berfikir dan melihat di luar kotak untuk menerobos pasaran dengan idea segar berkisar khazanah serta warisan negeri Kedah sebagai tunjang ceritanya," ujar beliau lagi. Beliau juga difahamkan Jabatan Pengairan & Saliran (JPS) Kedah turut memberi kerjasama dalam merealisasikan projek ini sebelum produksi memilih Lubuk Serunai, Jeneri sebagai lokasi utama penggambaran berlangsung. Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, YB Dr. Robert Ling Kui Ee, Pengerusi Jawatankuasa Pelancong, Seni & Budaya, YB Mohd Firdaus Ahmad, Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS), Zakaria Abdul Hamid dan Ketua Pegawai Eksekutif, Ahmad Idham Ahmad Nadzri. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 3/16/2021, 12:31:08 PM 

Tiada ulasan