Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


RM1.3 BILLION PEMBANGUNAN LITAR LUMBA PULAU LANGKAWI ALOR SETAR - Satu pembangunan litar lumba bertaraf dunia yang menelan belanja hampir RM1.3 billion di Pulau Langkawi akan dilaksanakan demi merancakkan sektor pelancongan di sana. Menteri Besar, YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor berkata, pelaksanaan ini merupakan persetujuan antara Permodalan Kedah Berhad (PKB) dan Syarikat Open Road Asia Sdn. Bhd. "Lembaga Pengarah PKB telah pun bersetuju untuk membangunkannya atas tanah PKB di Bukit Malut, Langkawi seluas 164.9 ekar bersekali tanah kerajaan yang terletak bersebelahan seluas 19.95 ekar," ujar beliau di Majlis Menandatangani Perjanjian Permodalan Kedah Berhad dan Open Road Asia Sdn. Bhd di Wisma Darul Aman, hari ini. Haji Sanusi berkata, beliau yakin dengan pembangunan litar ini dapat menjadi tarikan baru pelancongan untuk datang ke Pulau Langkawi. "Pada kesempatan ini, saya ingin mengajak setiap agensi dan jabatan yang terlibat untuk sama - sama membantu memudahkan apa yang dicadangkan oleh PKB dan Open Road Asia Sdn. Bhd. "Bagi pihak kerajaan negeri, pelaksanaan projek ini nanti diharap tidak akan meminggirkan masyarakat tempatan pada semua peringkat," ujar beliau lagi. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 3/31/2021, 12:47:52 PM 

Tiada ulasan