Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


LANGKAWI TERIMA PROJEK PELABURAN DENGAN GDV RM40 BILION KUALA LUMPUR - Bin Zayed International (BZI) Group, sebuah syarikat berpengkalan di Emiriah Arab Bersatu bakal membawa masuk RM100 bilion pelaburan melalui usahasama syarikatnya dengan Widad Business Group Sdn. Bhd. (WBG) dalam merancakkan pelancongan di Langkawi. Pengarah Urusan Kumpulan BZI, Sheikh Midhat Kidwai, menyatakan pihaknya turut berminat untuk melabur dalam projek infrastruktur mega yang lain dan telah mengemukakan surat hasrat pelaburannya kepada kerajaan Malaysia secara rasmi. "Pelaburan kami dalam Widad@Langkasuka dijangka akan berupaya membawa projek itu menjadi antara destinasi tumpuan terbaru Malaysia dan juga dunia," maklum Sheikh Midhat selepas majlis menandatangani perjanjian kerjasama yang berlangsung di Grand Hyatt, Kuala Lumpur. Majlis tersebut disaksikan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Kanan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Menteri Besar Kedah, YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor. Melalui projek pelaburan sulungnya bersama WBG untuk membangunkan Widad@Langkasuka ini, nilai anggaran kasar (GDV) pelaburan berjumlah RM40 bilion berjaya dibawa masuk ke Kedah. Projek Widad@Langkasuka dijangka membuka 15,000 peluang pekerjaan dan bakal memperkasa lebih 1000 usahawan tempatan di Kedah khususnya Langkawi. Menteri Kanan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali memberi komitmen bahawa Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) akan membantu proses kemasukan tenaga kerja dari BZJ melalui One-Stop-Centre (OSC) dan Business Travellers Center (BTC). Menurut Pengerusi Eksekutif WBG, Tan Sri Muhammad Ikmal Opat Abdullah, projek ini mengambil jangka masa lebih 15 tahun untuk disiapkan sepenuhnya. Ia bakal menempatkan rangkaian hotel bertaraf enam bintang, kediaman mewah, padang golf antarabangsa, kompleks pusat membeli belah dan pelbagai kemudahan lain. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 3/31/2021, 8:17:57 AM 

Tiada ulasan