Header Ads

test

Tahniah Lee Zee Jia atas kejayaan bergelar juara dalam Kejohanan All England selepas menewaskan Viktor Axelsen, pemain Denmark d...


Tahniah Lee Zee Jia atas kejayaan bergelar juara dalam Kejohanan All England selepas menewaskan Viktor Axelsen, pemain Denmark di Utilita Arena Birmingham, United Kingdom semalam. Malaysia akhirnya menamatkan kemarau empat tahun selepas kali terakhir Datuk Lee Chong Wei mengharumkan nama negara pada kejohanan All England 2017 yang lalu. Zee Jia adalah anak kelahiran Kedah yang kini menyandang perseorangan lelaki nombor satu negara. Beliau terpaksa berdepan dengan saingan hebat pada setiap pusingan termasuk Viktor Axelsen, pemain Denmark yang kini berada pada tangga kedua pemain perseorangan dunia. Lee Zii Jia menundukkan Axelsen menerusi 'rubber set' 30-29, 20-22, 21-9 dalam perlawanan final semalam. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 3/22/2021, 1:00:30 PM 

Tiada ulasan