Header Ads

test

Tahukah kita bahawa ketam mempunyai satu sifat CEMBURU yang sangat kuat? Kebiasaan yang kita tahu bahawa ketam dimasak apapun t...


Tahukah kita bahawa ketam mempunyai satu sifat CEMBURU yang sangat kuat? Kebiasaan yang kita tahu bahawa ketam dimasak apapun tetap sedap.😊 Selain sedap, ketam juga sangat mudah dan cepat masak. Nelayan biasanya akan meletakkan hasil tangkapan ikan di dalam bekas bertutup kerana takut ikan akan melompat keluar. Menariknya tentang ketam ini, nelayan tidak pula menutup bekas mengisi ketam yang berjaya ditangkap mereka. Sebaliknya dibiarkan terbuka. Kenapa dibiarkan terbuka? Ketam-ketam ini tidak akan melarikan diri dari bekas tersebut.😅 Sebenarnya bukan tiada seekor ketam pun cuba melarikan diri, tetapi setiap kali ada yang cuba melarikan diri dengan memanjat dinding bekas, akan ada pula ketam lain menarik ke bawah. Jadi tiadalah seekor ketam pun yang berjaya keluar dari bekas. Kita pasti pernah berdepan dengan karektor yang suka melihat kita kurang berjaya dalam kehidupan. Kita perlu terus bergerak ke hadapan untuk berjaya dengan mengenali siapa rakan dan lawan disekeliling kita agar lebih bersedia untuk menangkis semua cabaran. Biarlah cemburu yang positif dengan berlumba bersama-sama mengecapi kejayaan daripada cemburu menjatuhkan sesama sendiri. Semoga sifat CEMBURU KETAM 🦀 tiada dalam diri kita.😊 #StreetPhotography #UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA #motivasidiri -UPDA 3/29/2021, 2:00:09 PM 

Tiada ulasan