Header Ads

test

KEDAH BERI RM35 RIBU INSENTIF SUKAN ALOR SETAR – Lee Zii Jia bakal menerima RM25 ribu sebagai insentif kemenangan beliau mengha...


KEDAH BERI RM35 RIBU INSENTIF SUKAN ALOR SETAR – Lee Zii Jia bakal menerima RM25 ribu sebagai insentif kemenangan beliau mengharumkan nama Malaysia dalam kejuaraan All England baru-baru ini. "Kerajaan negeri telah memutuskan untuk memberikan insentif kemenangan kepada pemain badminton daripada negeri Kedah yang mewakili negara Malaysia Lee Zii Jia yang memenangi All England sebanyak RM25 ribu. "Selain itu, seorang lagi pemain berasal daripada Kedah juga iaitu Pearly Tan Koong Le yang bermain secara beregu telah memenangi Kejohanan Badminton Terbuka Switzerland diberi insentif RM10 ribu," ujar Menteri Besar, YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor kepada sidang media di Wisma Darul Aman, hari ini. Beliau turut memaklumkan akan diadakan satu majlis bagi meraikan mereka. Berikutan kepadatan jadual latihan, majlis tersebut akan diadakan pada tarikh yang bersesuaian dengan masa pemain. Terkini, Lee Zii Jia merupakan harapan utama Malaysia untuk membawa pulang emas pada Sukan Olimpik di Tokyo. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 4/7/2021, 3:01:24 PM 

Tiada ulasan