Header Ads

test

PEMBINAAN LRA PELUBANG DIJADUALKAN BERMULA APRIL ALOR SETAR – Loji Rawatan Air (LRA) Pelubang akan dijalankan pada 22 April in...


PEMBINAAN LRA PELUBANG DIJADUALKAN BERMULA APRIL ALOR SETAR – Loji Rawatan Air (LRA) Pelubang akan dijalankan pada 22 April ini yang menelan belanja sebanyak RM431 juta. Menurut Menteri Besar, YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor, permasalahan air di Kuala Kedah akan selesai dengan pembinaan LRA Pelubang ini. "Semua projek yang masuk Kedah ini berjalan dengan lancar proses sedang dilaksanakan di pihak kerajaan dari aspek pentadbiran dan undang-undang Semua ini akan dijalankan dengan mengikut jadual. Lima LRA yang diumumkan sebelum ini akan mula dibina pecah tanah bermula bulan April," ujar beliau kepada sidang media di Wisma Darul Aman, hari ini. Beliau turut menepis satu aduan berkaitan dengan air keruh di Kuala Kedah, beliau memaklumkan sumber air tersebut daripada saluran air masyarakat dan bukan Syarikat Air Darul Aman (SADA). Haji Sanusi juga memaklumkan kerajaan negeri memperuntukkan RM200 ribu untuk memperbaiki Sistem Air Masyarakat di Daerah Sik dan Baling. "Kolam air paip itu kena maintain, kalau tak maintain sampah selut akan tersumbat. Penyelenggaraan kena dibuat, kita akan bantu untuk perbaiki kolam tersebut supaya tanah tidak masuk dan kolam-kolam yang tidak dibaiki akan di naik taraf dengan peruntukan maksimum rm200 ribu," ujar beliau. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 4/7/2021, 5:00:42 PM 

Tiada ulasan