Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


NGO BERI KHIDMAT URUS JENAZAH SECARA PERCUMA KEPADA ASNAF BALING – NGO Warisan Integriti menyediakan perkhidmatan pengurusan jenazah kepada golongan asnaf secara percuma. Pengarah Urusan Warisan Intergriti, Datuk Md Rosli Abd Wahab berkata, antara perkhidmatan diberikan adalah van jenazah, set kelengkapan jenazah, bantuan keperluan harian, bantuan bencana alam dan lain-lain bantuan untuk para asnaf. ADUN Kuala Ketil, Mejar (B) Mansor Zakaria menyempurnakan Majlis Perasmian Van Jenazah Pertubuhan Amal Warisan di Surau Al-Muttaqin, Taman Desa Bidara, Kuala Ketil, baru-baru ini. "Usaha murni ini patut diberikan pujian, tidak semua pertubuhan menyediakan perkhidmatan sebegini untuk bantu mereka yang memerlukan. "Kita sedia maklum, ada sebahagian dari kita tidak mampu untuk menguruskan jenazah, menyewa van atas kekangan kewangan dan lain-lain. "Dengan perkhidmatan ini saya yakin sedikit sebanyak dapat meringankan beban keluarga untuk menguruskan kematian ahli keluarga mereka," katanya ketika memberi ucapan di majlis tersebut. Turut diadakan majlis penyampaian sumbangan kepada asnaf, pelajar Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) dan Anak Yatim Darul Aitam. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 4/21/2021, 4:00:48 PM 

Tiada ulasan