Header Ads

test

15,000 BAKUL MAKANAN BANTUAN PKP 3.0 ALOR SETAR - Kerajaan negeri menyediakan 15 ribu bakul makanan kepada 12 Pusat Kawalan Ope...


15,000 BAKUL MAKANAN BANTUAN PKP 3.0 ALOR SETAR - Kerajaan negeri menyediakan 15 ribu bakul makanan kepada 12 Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) di semua daerah bagi diagihkan kepada rakyat yang terjejas sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0. Menurut Menteri Besar, YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor sebanyak 6000 bakul makanan ditaja oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat manakala 9000 lagi disediakan oleh kerajaan negeri. "Proses agihan akan dibincangkan bersama PKOB bersama Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) dan Ahli Parlimen. Semua PKWR hanya boleh beroperasi melalui PKOB dalam proses menyediakan bakul makanan dan juga proses agihan," ujarnya pada sidang media secara langsung di Facebook Urusetia Penerangan Darul Aman, hari ini. Katanya, penyelarasan ini akan dibuat oleh Setiausaha Kerajaan Negeri dengan mengikut SOP Perintah Kawalan Pergerakan 3.0. Maklumnya lagi, Lembaga Zakat Negeri Kedah turut menyampaikan sumbangan beras kepada 12 PKOB tersebut untuk diagihkan. "Kerajaan negeri turut memperuntukan kepada PKOB sebanyak RM50 ribu sebagai persediaan untuk keperluan khas lain contohnya lampin dan susu bagi keluarga tertentu yang memerlukan bekalan khas selain bekalan makanan," jelasnya lagi. "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA #bantukedahmenang #pkp3 #patuhisop #bantuanpkpcovid19 -UPDA 5/31/2021, 9:08:55 PM 

Tiada ulasan