Header Ads

test

RINGKASAN SIDANG MEDIA MENTERI BESAR KEDAH (31 MEI 2021) 1) Ujian saringan bersasar COVID-19 akan dipertingkat oleh Jabatan Ke...


RINGKASAN SIDANG MEDIA MENTERI BESAR KEDAH (31 MEI 2021) 1) Ujian saringan bersasar COVID-19 akan dipertingkat oleh Jabatan Kesihatan Negeri Kedah dengan kerjasama klinik dan makmal swasta. Kos anggaran sebanyak lebih RM350 ribu dan ditanggung oleh kerajaan negeri sepenuhnya. 2) Program suntikan vaksin di Kedah bakal dipertingkat dengan permohonan penyertaan 12 klinik swasta sebagai pusat suntikan vaksin. Bagaimanapun, permohonan masih menunggu kelulusan daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia. 3) Kerajaan negeri dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat sedia 15000 bakul makanan (6 ribu unit JKM, 9 ribu unit kerajaan negeri) kepada semua 12 PKOB. Semua urusan penyediaan dan penyampaian bakul makanan dibuat di PKOB serta diselaraskan oleh ADUN dan Penyelaras DUN berikutan keadaan yang berisiko. 4) Lembaga Zakat Negeri Kedah sumbang beras kepada semua PKOB bagi edaran yang memerlukan. 5) Peruntukan RM50 ribu setiap PKOB untuk keperluan khas masyarakat seperti lampin dan susu bagi pesakit yang dirawat di rumah. 6) Moratorium kepada semua penyewa premis milik kerajaan selama satu (1) bulan 7) Pinjaman tanpa faedah kepada peniaga kecil dengan jumlah maksimum RM5 ribu. 8) Dana khas RM10 ribu bagi kos pengurusan dan operasi termasuk penyediaan makan dan minum kepada petugas PKOB. 9) Kerajaan akan berunding dengan Raia Hotel bagi dijadikan Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) selain membaik pulih Dewan Wawasan. "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA #bantukedahmenang #pkp3.0 #kitajagakita #patuhisop -UPDA 5/31/2021, 8:00:24 PM 

Tiada ulasan