Header Ads

test

KLINIK SWASTA BANTU PERTINGKAT PROGRAM SUNTIKAN VAKSIN ALOR SETAR - Kerajaan negeri menyokong tindakan Kementerian Sains, Tekn...


KLINIK SWASTA BANTU PERTINGKAT PROGRAM SUNTIKAN VAKSIN ALOR SETAR - Kerajaan negeri menyokong tindakan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) untuk tidak membenarkan rakyat memilih jenis vaksin di dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK). Menteri Besar, YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor berkata semua rakyat Kedah perlu menerima vaksin yang telah ditetapkan bagi memastikan kelancaran program vaksinasi. "Apa sahaja vaksin yang sampai di Kedah ini, saya harap rakyat Kedah harus terima. Ambil imunisasi ini adalah satu kewajipan kita supaya dapat dibina "herd immunity" di seluruh negeri Kedah," katanya kepada media secara atas talian, di sini, sebentar tadi. Katanya lagi, 12 klinik swasta bersetuju untuk menjadi pusat suntikan vaksin dan permohonan ini akan diproses oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk diluluskan. "Selepas ini bekalan vaksin akan dibekalkan di klinik tersebut dan dibuat suntikan di situ. Semua proses ini diuruskan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Kedah. Semua peserta perlu mendaftar melalui aplikasi My Sejahtera," katanya. "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA #bantukedahmenang #vaksin #jomvaksin #kitajagakita -UPDA 5/31/2021, 5:47:41 PM 

Tiada ulasan