Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


KEDAH TERIMA 5000 BANTUAN RAMADAN ALOR SETAR – Kedah menerima sumbangan 5000 kotak makanan daripada Pertubuhan Dana Kita di dalam Program Jejak Asnaf Ramadan Kedah. Maklum Presiden Pertubuhan Dana Kita, Mohd Fadli Salleh, program ini dihadiri 60 anggota, 6 lori dan 11 kenderaan lain termasuk sebiji ambulans. "Kami bawa 3500 barang dapur lengkap dan 1500 kampit beras. Jumlah agihan misi Ramadan di Kedah semuanya 5000 set barang dapur. "Antara tempat yang diedarkan adalah Baling, Kulim, Jeniang, Sungai Petani dan lain-lain lagi," ujar beliau kepada media, di sini hari ini. Pertubuhan ini juga hadir ke Pejabat Menteri Besar Kedah untuk menyampaikan 100 kotak makanan, di sini, hari ini. Sumbangan ini diterima oleh Pegawai Khas Menteri Besar Kedah, Nurul Amin Hamid. "Bagi pihak kerajaan negeri dan Pejabat Menteri Besar mengucapkan terima kasih kepada Pertubuhan Dana Kita yang telah memberikan sumbangan bernilai RM350 ribu. "Kita mengalu-alukan semangat dan usaha yang dibuat seperti NGO Dana Kita ini. Kita menyeru orang ramai untuk memberi sokongan kepada NGO Dana Kita," katanya sebentar tadi. 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA #ngodanakita -UPDA 5/2/2021, 8:32:14 PM 

Tiada ulasan