Header Ads

test

PELABURAN DAN PEMBANGUNAN Sepanjang setahun pentadbiran yang dipimpin oleh YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor, banyak pelaburan y...


PELABURAN DAN PEMBANGUNAN Sepanjang setahun pentadbiran yang dipimpin oleh YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor, banyak pelaburan yang masuk ke Kedah kerana keyakinan yang tinggi dari pelabur dan integriti yang ditunjukkan dalam pentadbiran negeri. Di samping itu, pembangunan infrastruktur untuk kemudahan rakyat juga sedang giat dibangunkan. Antaranya: 1) 40 bilion projek pembangunan Widad@Langkasuka di Langkawi kerjasama antara Widad Group dan pelabur dari UAE (Emiriah Arab Bersatu), Bin Zayed International (BZI) Group. - 15 000 peluang kerja. - 1000 usahawan tempatan dapat peluang dari limpahan ekonomi ini. 2) Hartalega (pengeluar sarung terbesar di dunia) melabur di Zon Sempadan Ekonomi Khas (SBEZ) Kota Perdana di Bukit Kayu Hitam sebanyak 7 billion. - 12 000 peluang kerja dalam masa 15 tahun. 3) Pelaburan terkumpul di bawah NCIA (agensi pihak berkuasa Koridor Utara) lebih RM32 bilion menjelang 2025. - 43 000 peluang kerja. - 10 000 usahawan. 4) Kedah Rubber City 2.1 bilion di Padang Terap. - 5000 peluang kerja. 5) Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) 18 bilion. Proses pembinaan sedang berjalan dengan lancar dengan kerjasama ECK Group of Companies. 6) Menaik taraf 5 Loji Rawatan Air (LRA) bagi menyelesaikan masalah terputus bekalan air bersih di beberapa penempatan: 1. LRA PELUBANG 2. LRA BUKIT SELAMBAU 3. LRA SUNGAI LIMAU 4. LRA JENUN BARU 5. LRA LUBUK BUNTAR LAMA 7) Membina 14 projek Takungan Air Pinggiran Sungai (TAPS) bagi memastikan bekalan air sentiasa mencukupi terutamanya di musim kemarau. Pembinaan dua (2) projek TAPS sedang berjalan. 8) RM1.3 BILLION PEMBANGUNAN LITAR LUMBA PULAU LANGKAWI - Satu pembangunan litar lumba bertaraf dunia yang menelan belanja hampir RM1.3 billion di Pulau Langkawi. - Usahasama Permodalan Kedah Berhad (PKB) dan Syarikat Open Road Asia Sdn. Bhd. - Bakal di bina di tanah PKB di Bukit Malut, Langkawi seluas 164.9 ekar bersekali tanah kerajaan yang terletak bersebelahan seluas 19.95 ekar. "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA #setahunpentadbiranmbkedah -UPDA 5/17/2021, 1:02:46 PM 

Tiada ulasan