Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


𝐏𝐊𝐏𝐃 𝐝𝐢 𝟐𝟖 𝐌𝐮𝐤𝐢𝐦 𝐝𝐢 𝐊𝐨𝐭𝐚 𝐒𝐞𝐭𝐚𝐫, 𝐊𝐞𝐝𝐚𝐡 Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini melaporkan situasi semasa kes COVID-19 di 28 mukim dalam daerah Kota Setar, Kedah. Sehingga 16 Mei 2021, sebanyak 975 kes aktif COVID-19 di seluruh daerah Kota Setar dengan enam (6) mukim direkodkan sebagai Zon Merah iaitu Mukim Kota Setar (78 kes), Mukim Mergong (223 kes), Mukim Pengkalan Kundor (143 kes), Mukim Derga (138 kes), Mukim Kangkong (55 kes) dan Mukim Anak Bukit (61 kes). Selain itu, KKM mengesahkan penularan jangkitan COVID-19 telah tersebar meluas ke seluruh daerah Kota Setar dengan dalam tempoh lapan (8) hari sahaja iaitu bermula 8 hingga 16 Mei 2021, sebanyak 799 kes positif COVID-19 dikesan. Ini menjadikan sebanyak hampir 100 kes sehari di Kota Setar direkodkan secara purata, yang melibatkan beberapa kluster sedia ada dan Kluster Dah Putih iaitu kluster terbaru di daerah Kota Setar. Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di 28 Mukim di Kota Setar berkuat kuasa 19 Mei sehingga 1 Jun 2021. Pelaksanaan PKPD ini untuk mengawal pergerakan penduduk di daerah ini serta menyekat penularan jangkitan kes COVID 19 dari kawasan berisiko ke kawasan lain. Maklumat lanjut mengenai SOP penuh bagi PKPD ini boleh dirujuk di laman sesawang MKN. Sumber: Majlis Keselamatan Negara #UrusetiaPeneranganDarulAman #UPDA #lindungidirilindungisemua -UPDA 5/17/2021, 6:46:03 PM 

Tiada ulasan