Header Ads

test

KEDAH BENARKAN PELAKSANAAN IBADAH KORBAN


KEDAH BENARKAN PELAKSANAAN IBADAH KORBAN

ALOR SETAR - Menteri Besar, YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor mengumumkan kerajaan negeri tidak akan membekalkan lembu korban percuma pada Hari Raya Aidiladha yang akan datang. 

Katanya, keputusan ini dibuat adalah untuk memastikan SOP terkawal.

"Korban boleh dilaksanakan mengikut SOP yang ditetapkan di bawah Pelan Pemulihan Negara oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN). 

"Walaupun begitu, ia terletak di bawah bidang kuasa agama, maka jabatan agama akan menunggu respon Jawatan Kuasa Teknikal daripada MKN untuk memuktamadkan SOP ibadah korban. 

"Saya ingin menasihatkan kepada sahabat-sahabat yang ingin melaksanakan ibadah korban agar mematuhi SOP yang akan dimuktamadkan beberapa hari lagi oleh MKN," ujarnya kepada media melalui atas talian, semalam. 

Beliau turut memaklumkan berkaitan dengan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) berikutan terdapat beberapa negeri telah mengumumkan tarikh persidangan masing-masing.

"Saya telah sembah maklum kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah bahawa negeri Kedah akan menunggu persidangan Parlimen dilaksanakan terlebih dahulu untuk kita merujuk SOP atau apa-apa urusan yang berkaitan sidang dewan," jelas beliau.

“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”

#UrusetiaPeneranganDarulAman
#UPDA 
#MBKedah

Tiada ulasan