Header Ads

test

Ringkasan keputusan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Kedah


Ringkasan keputusan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Kedah 23 Jun 2021

 1. Bagi memulihkan sektor pelancongan di Langkawi, Kerajaan memutuskan untuk membenarkan ‘gelembung perjalanan’ (travel bubble) yang disasarkan akan bermula September ini. Untuk itu, satu program vaksinasi khas akan dilaksanakan sekurang- kurangnya 80% atau 61,000 penduduk Langkawi divaksin, sekurang-kurangnya satu dos. Menerusi program ‘gelembung perjalanan’ pelancong yang lengkap dua dos vaksin boleh berkunjung ke Langkawi tanpa halangan.

 2. Kerajaan akan buka Pusat Pemberian Vaksin (PPV) khusus untuk kawasan industri di Kulim Hi-Tech Park (KHTP) dan di Sungai Petani bagi menangani peningkatan kes dalam kalangan warga industri. Selain itu, sebuah PPV baharu juga akan dibuka di Gurun.

 3. Untuk Aidiladha tahun ini, Kerajaan Negeri membuat keputusan untuk tidak membekalkan lembu korban secara percuma sebagaimana tahun-tahun sebelum ini. Dalam hal ibadah korban, pihak jabatan agama sedang menunggu SOP dimuktamadkan oleh Jawatankusa Teknikal Majlis Keselamatan Negara (MKN). 

 4. Mengenai sidang DUN Kedah, YAB Menteri Besar telah menyembah maklum kepada DYMM Tuanku Sultan bahawa tarikh sidang DUN dicadangkan akan diadakan selepas sidang Parlimen diadakan terlebih dahulu. Ini bagi membolehkan Sidang DUN membahaskan keputusan-keputusan sidang Parlimen yang bersesuaian dengan keperluan dan kepentingan negeri.

 5. Semalam YAB Menteri Besar telah mengadakan perbincangan lanjut dengan wakil kerajaan dan syarikat dari Austria, AT&S berkaitan pelaburan baharu di Kulim Hi-Tech Park (KHTP) bernilai RM8.5 bilion. Industri yang akan dibangunkan dalam beberapa fasa itu akan menyediakan peluang pekerjaan 5,000 jurutera dalam pelbagai disiplin untuk fasa pertama yang akan mula beroperasi pada 2024. Pelaburan ini tidak termasuk RM43 bilion nilai pelaburan diluluskan oleh MIDA baru baru ini.

Disediakan oleh: Muhamad Mat Yakim
Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kedah.

“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”

#UrusetiaPeneranganDarulAman
#UPDA 
#MediaMBKedah
#MBKedah
#BantuKedahMenang 

Tiada ulasan