Header Ads

test

PROGRAM VAKSINASI KHAS PULIH PELANCONGAN LANGKAWI


PROGRAM VAKSINASI KHAS PULIH PELANCONGAN LANGKAWI  

ALOR SETAR - Kerajaan negeri memutuskan untuk membenarkan 'travel bubble' (gelembung perjalanan) ke Langkawi dibuka bermula September ini.

Menteri Besar, YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor berkata bagi memulihkan sektor pelancongan di Langkawi, satu program vaksinasi khas akan dilaksanakan kepada sekurang-kurangnya 80 peratus dari keseluruhan penduduk Langkawi.

"Jumlah penduduk Langkawi mengikut peratusan ini seramai 61,000 orang. Kesemua mereka menerima vaksin sekurang-kurangnya satu dos. 

"Rakyat Malaysia yang telah menerima dua dos boleh memulakan percutian dan pelancongan mereka ke Pulau Langkawi," ujarnya kepada media secara atas talian, di sini, hari ini. 

Jelasnya lagi, program vaksinisasi ini mendapat kerjasama daripada pihak Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC).

"Kerajaan telah menyelaraskan di peringkat Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Langkawi yang dikendalikan oleh Pegawai Daerah untuk menyediakan beberapa pusat vaksinasi untuk mempercepatkan proses ini," ujarnya lagi.

Tambahnya lagi, kerajaan akan membuka Pusat Pemberian Vaksin (PPV) khas di kawasan industri Kulim Hi-Tech Park (KHTP) dan di Sungai Petani bagi menangani peningkatan kes dalam kalangan warga industri. Selain itu, sebuah PPV baharu juga akan dibuka di Gurun.

“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”

#UrusetiaPeneranganDarulAman
#UPDA 
#BantuKedahMenang
#covid19 
#vaksin
#travelbubble 

Tiada ulasan