Header Ads

test

PPV BUKAN KESIHATAN PERCEPAT VAKSINASI


PPV BUKAN KESIHATAN PERCEPAT VAKSINASI

ALOR SETAR - Sebanyak 9200 suntikan telah dijalankan di 15 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) bukan kesihatan. 

Menteri Besar, YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor berkata, terdapat empat lagi PPV akan dibuka pada bulan ini dengan kapasiti suntikan sebanyak 2,600.

Menurut Haji Sanusi, Program Imunisasi Industri COVID-19 Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS) akan dibuka di daerah Kulim dan Kuala Muda bagi melancarkan lagi proses imunisasi pekerja sektor industri.

"Pembukaan PIKAS di KHTP Sport Centre mulai 12 Julai 2021 untuk 30,000 pekerja di KHTP dan 18,000 pekerja sektor industri dari luar KHTP. 

"Satu PIKAS untuk pekerja industri juga akan dibuka di Kedah Industrial Skills and Management Development (KISMEC) dan Kilang Minibea Electronics Motor (M) Sdn Bhd secara serentak untuk pekerja industri Daerah Kuala Muda," katanya pada kenyataan media Kerajaan Negeri Kedah, semalam. 

Katanya lagi, PPV juga akan dibuka di Langkawi International Convention Centre (LICC) bagi membolehkan Pulau Langkawi mencapai 80 peratus imuniti kelompk bagi mengembalikan sektor pelancongan berjalan seperti biasa. 

"Penduduk Langkawi perlu menerima suntikan vaksin supaya ia boleh dibuka semula untuk menghidupkan sektor pelancongan melalui program 'gelembung hijau' pelancongan," ujarnya. 

Maklum beliau, Program Imunisasi COVID-19 bagi negeri Kedah menyasarkan 2,185,100 penduduk warganegara dan bukan warganegara layak untuk menerima vaksin.

“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”

#UrusetiaPeneranganDarulAman
#UPDA
#pikas
#vaksin
#BantuKedahMenang

Tiada ulasan