Header Ads

test

Ringkasan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah


Ringkasan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah 28 Julai 2021

1. Mesyuarat Pertama Penggal Ke 4 Persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah ke 14 telah ditetapkan pada 20 hingga 23 September 2021. Penetapan tarikh ini diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) hari ini. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah telah memberi perkenan kepada Kerajaan Negeri untuk persidangan diadakan pada tarikh-tarikh itu selain menyatakan perkenan baginda untuk menyampaikan titah perasmian secara live atas talian dari Istana Anak Bukit. 

2. Kerajaan Negeri akan menyerahkan bantuan 200 unit pulse oximeter kepada Jabatan Kesihatan Negeri. Setiap unit pulse oximeter berharga RM165.  

3. Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bersetuju dengan permintaan Menteri Besar dalam mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) dua hari lalu untuk  menambah pemberian vaksin kepada Kedah daripada 130,000 dos seminggu kepada 220,000 dos seminggu. 

4. PPV PIKAS di Sungai Petani (Minebea Electronics Motor) akan melaksanakan pemberian dua dos vaksin untuk 50,000 warga industri. 
 
5. Semua Pegawai Daerah seluruh Kedah diarahkan untuk segera memproses pendaftaran penduduk yang belum mendaftar melalui semua kaedah termasuk kaedah manual menggunakan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK), masjid dan penghulu. Semua JPKK diminta memainkan peranan masing-masing untuk mempercepatkan proses pendaftaran dan vaksinasi melalui  apa-apa kaedah yg diputuskan oleh CITF setiap daerah. 

6. Mesyuarat penyelarasan antara CITF negeri dan daerah-daerah telah dilangsungkan pagi tadi.

7. PKPD Bukit Malut berjalan lancar dengan kerjasama semua agensi penguatkuasa. Selain PKPD, penduduk kawasan itu akan didaftarkan sebagai penerima vaksin di khemah khas dalam kawasan penempatan mereka. Proses vaksinasi juga akan dibuat segera kepada penduduk dalam penempatan itu. 

8. Proses vaksinasi bergerak (outreach) akan dilaksanakan di semua daerah.
 
9. Kerajaan Negeri mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua petugas barisan hadapan terutama para doktor dan petugas kesihatan di hospital dan klinik kesihatan. 

10. Orang ramai diminta mematuhi SOP dan menjaga keselamatan masing-masing serta  
semua orang di bawah jagaan.
 
Sekian untuk makluman.
 
Terima kasih

YAB Haji Muhammad Sanusi Md. Nor
Menteri Besar
28 Julai 2021

Tiada ulasan