Header Ads

test

KHTP PESAT MEMBANGUN, SEDIA PELUANG PELABURAN


KHTP PESAT MEMBANGUN, SEDIA PELUANG PELABURAN

ALOR SETAR - Proses pengambilan semula tanah Kulim High Technology Park (KHTP) bagi 250 ekar Fasa 4A dan 400 ekar di Fasa 5 sedang giat dijalankan. 

Menteri Besar memaklumkan perkara tersebut selepas diberi taklimat oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KHTP, Mohd Sahil Zabidi semalam di Pejabat Menteri Besar, Wisma Darul Aman.

Sebahagian dari Fasa 4A telah ditempah oleh pelabur antarabangsa. 

Menurut Haji Sanusi, kos pengambilan tanah Fasa 4A dibiayai oleh KHTP melalui instrumen sukuk. 

Bagi Fasa 5, kos pembiayaan melalui geran pembangunan infrasruktur sebanyak RM130 juta manakala RM195 juta lagi dibiayai dengan pinjaman daripada Kerajaan Persekutuan.

"Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua"

#UrusSetiaPeneranganDarulAman
#UPDA 
#khtp

Tiada ulasan