Header Ads

test

Terima kasih TSMY kepada rakyat Malaysia


Terima kasih di atas segala pengorbanan TSMY kepada rakyat Malaysia. Semoga Allah swt memberi sebaik-baik ganjaran kepada Tan Sri.

Sayangnya pertimbangan politik orang kita terlalu remeh, rapuh dan bebal - bersandar pada warna, kabilah dan perut. Nafsu sentiasa mengatasi akal.

Sebanyak mana pun khidmat Tan Sri telah berikan, sekuat mana pun Tan Sri telah bekerja, seadil manapun pertimbangan dibuat, sebesar manapun kejayaan digapai, sesopan manapun layanan dan sapaan- akhirnya para juak kabilah akan memandang pada warna, membebal kerana perut mereka, bukan perut rakyat. 

Hal-hal besar yang dihasilkan dianggap ancaman kepada kabilah mereka, takut nanti mereka dilupakan orang. Hal-hal remeh jugalah mata mereka memandang dan didendang.

Sayang sekali, seruan perpaduan, kesatuan atas agama-bangsa tidaklah sepenting mana, yang lebih utama adalah kabilah mereka mampu mencatur kuasa dan mengaut manfaat daripadanya.

Pengalaman pahit dan perit waktu lampau sedikit pun tidak memberi erti, siapa lebih utama daripada apa.

Semoga Tan Sri cekal dan tabah, jasa Tan Sri akan kekal dihargai sepanjang zaman.

Tiada ulasan