Header Ads

test

ADUN TINJAU RUMAH UZUR


ADUN TINJAU RUMAH UZUR

NAKA -ADUN Pedu, YB Mohd Radzi Md Amin turun tinjau rumah penduduk asnaf yang memerlukan bantuan baik pulih rumah uzur di Kampung Padang Kasak dan Kuala Tekai, semalam. 

Md Azizi Othman, 70, berkata beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) atas kesudian hadir melawat rumah yang sedang dibaik pulih. 

Menurut Haji Radzi, beliau bersama jawatankuasa PKWR akan mengadakan gotong-royong bagi membaiki rumah tersebut. 

"Insya-Allah kita akan bantu menggantikan rumah papan ini secara gotong-royong untuk memudahkan urusan Pak Aziz," ujar beliau. 

Dalam lawatan itu juga, Haji Radzi turut menziarahi pesakit terlantar Ramlah Hassan, 77 bagi menyampaikan bantuan katil dan kerusi roda di Kampung Padang Kasak.

“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”

#UrusetiaPeneranganDarulAman
#UPDA

Tiada ulasan