TIADA PENGANUGERAHAN PROJEK SECARA TERPILIH
TIADA PENGANUGERAHAN PROJEK SECARA TERPILIH
Ketua Pegawai Eksekutif Permodalan Kedah Berhad (PKB), Abdul Rahman Haji Din menerusi kenyataan media menegaskan PKB telah menjalankan proses 'due diligence' yang sewajarnya dalam memastikan kelayakan syarikat yang ingin menjalinkan usaha sama.
Beliau juga mengesahkan tidak berlaku sebarang penganugerahan projek secara terpilih atau istimewa dalam projek Open Road International Circuit and Integrated Resorts (ORIC).
“PKB telah menjalankan proses 'due diligence' yang sewajarnya dan mendapati Open Road Asia Sdn. Bhd. (Open Road) adalah syarikat yang berkemampuan, bukan syarikat yang muflis,” ujarnya.
Jelasnya, projek tersebut dilaksanakan secara usaha sama di mana Open Road bertindak menyediakan dana menampung kos pembinaan makanala PKB menyediakan tanah tapak projek.
“Tidak timbul isu penganugerahan projek secara terpilih atau istimewa memandangkan melalui perjanjian projek usaha sama tersebut, Open Road selaku pemaju adalah pihak yang bertanggungjawab penuh bagi menyediakan dana dan menanggung kesemua kos pembangunan di atas hartanah milik PKB,” ulas Abdul Rahman.
Beliau turut menjelaskan dakwaan berkaitan penglibatan individu yang diisytihar muflis dalam syarikat Open Road iaitu Goh Hock Choy yang merupakan pengasas dan kini bertindak sebagai penasihat Open Road. Goh Hock Choy tidak menandatangani mana-mana dokumen perjanjian bagi projek usaha sama tersebut.
“Beliau (Goh Hock Choy) merupakan pengasas Open Road yang kini hanya bertindak selaku penasihat bagi aktiviti perniagaan Open Road. Oleh itu, perjanjian bagi projek usaha sama ORIC yang termeterai antara PKB dan Open Road tidak melibatkan tandatangan beliau sama sekali,” jelas beliau lagi.
“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”
#UrusetiaPeneranganDarulAman
#UPDA
#ORIC
#PKB
Post a Comment