Header Ads

test

MB ZIARAH MANGSA BENCANA, LOJI AIR TUPAH


MB ZIARAH MANGSA BENCANA, LOJI AIR TUPAH

MERBOK - Menteri Besar, YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor turun padang menziarahi mangsa dan meninjau kesan banjir lumpur di Taman Lembah Merbuk dan Kampung Tupah Baru.

Haji Sanusi menyampaikan bantuan RM500 kepada penduduk Kampung Tupah Baru yang telah lengkap pendaftaran laporan kerosakan bencana. 

Beliau turut berkesempatan membuat lawatan ke Loji Rawatan Air Tupah.

Fenomena kepala air sebelum ini menyebabkan kerosakan pada beberapa peralatan dan komponen. Justeru operasi loji terpaksa dihentikan.

Kerja-kerja pembaikpulihan sedang giat dijalankan Loji Headwork Tupah seperti penggantian paip rosak, membuat semula jajaran laluan dan mengalihkan halangan seperti batuan besar dan kayu.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar dan Perumahan, YB Dr. Robert Ling Kui Ee, ADUN Tanjung Dawai, YB Ustaz Hanif Haji Ghazali dan Pegawai Daerah Kuala Muda, Haji Abdullah Hashim.

“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”

#UrusetiaPeneranganDarulAman
#UPDA 
#MBKedah 
#lawatankerja
#prayforYan

Tiada ulasan