Header Ads

test

PPV UUM SASAR BERI 2,500 SUNTIKAN SEHARI


PPV UUM SASAR BERI 2,500 SUNTIKAN SEHARI

SINTOK - Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Outreach Institut Pengajian Tinggi (IPT) di Universiti Utara Malaysia (UUM) mensasarkan 2,500 dos suntikan sehari kepada penduduk khususnya di daerah Kubang Pasu. 

Menurut Menteri Besar, YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor, PPV ini mendapat kerjasama daripada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan akan beroperasi pada 7, 13 dan 14 Ogos serta tarikh tiga hari berikutnya yang akan ditentukan untuk suntikan dos yang kedua. 

"Dengan kekuatan 70 petugas klinikal KKM, 30 petugas Pusat Kesihatan Universiti, 35 petugas keselamatan UUM, 20 petugas dari Jabatan Pembangunan dan Penyenggaraan (JPP) serta UUMIT dan 70 sukarelawan UUM bersama sukarelawan NGO. 

"Seramai kekuatan ini mampu melaksanakan pemberian vaksin untuk tiga hari tersebut bagi bulan Ogos dan Oktober," ujar beliau ketika sidang media di PPV Outreach UUM, hari ini, di sini. 

Naib Canselor UUM, Datuk Dr. Ahmad Bashawir Abdul Ghani berkata, UUM menyediakan peralatan yang mencukupi bagi melaksanakan pemberian vaksin dengan baik. 

"Kita bukan sahaja memberi kemudahan yang agak selesa, bahkan kita memberi kemudahan internet yang saya fikir perlu untuk pihak KKM melancarkan program vaksinisasi. 

"Kita juga menyediakan 32 komputer riba, sukarelawan dan staf. Kami mengemblengkan tenaga mereka itu untuk melancarkan program ini," katanya.

Beliau juga yakin dengan kerjasama yang diberikan ini mampu mencapai imuniti kelompok di daerah Kubang Pasu dengan segera. 

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Pembasmian Kemiskinan dan Kebajikan, YB Hajah Halimaton Saadiah Saad dan Pengarah Kesihatan Negeri Kedah, Dr. Othman Warijo.

“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”

#UrusetiaPeneranganDarulAman
#UPDA
#MBKedah
#ppvKedah 
#vaksin
#covid_19

Tiada ulasan