Header Ads

test

TABUNG AMANAH COVID-19: PENGHARGAAN ATAS PENYUMBANG


TABUNG AMANAH COVID-19: PENGHARGAAN ATAS PENYUMBANG

Menteri Besar Kedah, YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor, memberi ucapan penghargaan atas sumbangan dari anak-anak syarikat kerajaan negeri Kedah untuk Tabung Amanah COVID-19 Kedah.

Antara syarikat yang menyumbang untuk Tabung Amanah COVID-19:
 
1. Kumpulan Ladang Ladang Perbadanan Negeri Kedah: RM25,000.00 
2.PKNK Hotel Sdn. Bhd.: RM5,000.00 
3. Darulaman Asset Sdn. Bhd.: RM10,000.00 
4. Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK): RM100,000.00 
5. Kulim Teknologi Park Corporation Sdn. Bhd.: RM50,000.00 
6. State Secretary Kedah Incorporated (SSK): RM600,000.00 
7. Permodalan Kedah Berhad (PKB): RM22,000.00 
8. Syarikat Air Darul Aman (SADA): RM50,000.00 
9. Tenaga Nasional Berhad: RM5,000.00
10.Sumbangan potongan gaji kakitangan kerajaan: RM25,092.50 

Sumbangan yang terkumpul sebanyak RM892,092.50 setakat ini telah dimasukkan semuanya ke tabung amanah yang digunakan untuk bantuan bakul makanan.

Sejak bermulanya bantuan bakul makanan pada 1 Jun sehingga kini, kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM3,980,000.00 untuk tujuan berikut. 

Dalam tempoh yang sama, kerajaan negeri juga telah memberi bantuan sebanyak RM6,563,545.00 melalui pelbagai inisiatif.

Sebahagian bantuan diberi menggunakan sumbangan syarikat di atas manakala selebihnya dibiaya oleh kerajaan negeri Kedah sendiri. 
 
Antara bantuan-bantuan yang telah diberi adalah seperti berikut: 

1. Pembiayaan saringan COVID-19 kepada pekerja sektor perlu (essential workers): RM350,000.00 
2. Bantuan lampin pakai buang dan susu formula kepada Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB): RM600,000.00 setiap PKOB 
3. Bantuan penyediaan makanan sukarelawan PKOB daerah: RM240,000.00 setiap PKOB 
4. Skim Pinjaman Tanpa Faedah I-Sejahtera kepada 270 penerima: RM1,000,000.00 
5. Bantuan PKPD di Taman Bandar Baru, Taman Cahaya, Lembah Permai, Taman PKNK, Kampung Sireh  
6. Bantuan wang tunai PKPD di institut pengajian tinggi UUM dan Politeknik.
 
Kerjasama dan sumbangan anak-anak syarikat kerajaan negeri Kedah amat dihargai dalam membantu usaha kerajaan untuk mengurus hal-hal berkaitan COVID-19 ini. 

Semoga sumbangan seperti ini dapat diteruskan untuk terus bersama mengekang penularan kes COVID-19.

“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”

#UrusetiaPeneranganDarulAman
#UPDA 
#MBKedah
#BantuKedahMenang 
#covid19 
#kebajikan 

Tiada ulasan