Header Ads

test

17 PERATUS PENDUDUK DEWASA BELUM DIVAKSIN ALOR SETAR


17 PERATUS PENDUDUK DEWASA BELUM DIVAKSIN
ALOR SETAR - Kira-kira 17 peratus penduduk dewasa negeri ini belum menerima vaksinisasi di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).
Menurut Menteri Kesihatan, YB Khairy Jamaluddin berkata, permasalahan yang timbul ini bukan disebabkan oleh tiada bekalan vaksin seperti sebelum ini.
"Saya telah minta YAB Menteri Besar beri perhatian kepada daerah seperti Pendang, Baling yang menjadi daerah yang terbelakang sedikit tentang liputan vaksinisasi mereka.
"Kita perlu kerjasama daripada pemimpin masyarakat, pegawai-pegawai daerah untuk memastikan penduduk yang enggan menerima vaksin ini akan tampil menerima vaksin," ujarnya.
Beliau ujar demikian kepada sidang media selepas mesyuarat Jawatankuasa Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF) di Wisma Darul Aman, hari ini.
Maklumnya lagi, Kerajaan Persekutuan telah menyiapkan satu unit modular ICU di Hospital Sultan Abdul Halim dengan penambahan 10 katil bagi usaha memastikan kapasiti kesihatan di Kedah terjaga.
"Kita telah menghantar 1500 silinder oksigen tambahan iaitu 500 sudah pun hantar, 200 tiba hari ini dan 800 lagi akan sampai minggu depan.
"Jadi cukup oksigen bagi pesakit COVID-19 yang sesak nafas sama ada di hospital atau di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC)," jelasnya lagi.
“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”

Tiada ulasan