Header Ads

test

KKM KESAN 523 DAFTAR MASUK PASARAYA BABIT INDIVIDU KUARANTIN ALOR SETAR


KKM KESAN 523 DAFTAR MASUK PASARAYA BABIT INDIVIDU KUARANTIN
ALOR SETAR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan sebanyak 523 daftar masuk ke premis perniagaan melalui aplikasi MySejahtera adalah individu positif COVID-19 yang menjalani proses kuarantin wajib di rumah semenjak seminggu lalu.
Menteri Kesihatan, YB Khairy Jamaluddin berkata 18 peratus daripada jumlah tersebut dikenal pasti daftar masuk ke pasaraya.
"Kepada pemilik-pemilik premis perlu membuat pengawasan dengan ketat. Bila individu tersebut dapat masuk bermakna pegawai keselamatan di situ dia tak cek betul-betul.
"Jadi kita minta di pasaraya, di kedai runcit supaya mereka (Pegawai Keselamatan) melihat status MySejahtera itu sebelum mereka (pembeli) dibenarkan masuk,"ujar beliau ketika sidang media selepas mesyuarat Jawatankuasa Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF) di Wisma Darul Aman, hari ini.
Menurutnya, nama-nama individu ingkar tersebut akan dihantar ke Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) serta Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) untuk tindakan selanjutnya.
“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”

Tiada ulasan