Header Ads

test

MB RASMI MAJLIS PECAH TANAH PROJEK AT&S
















MB RASMI MAJLIS PECAH TANAH PROJEK AT&S

Kulim- Menteri Besar, YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor merasmikan majlis pecah tanah bagi fasiliti pembuatan AT&S di Kulim HiTech Park (KHTP) hari ini.

Pelaburan terbesar di Asia Tenggara bernilai RM8.5 bilion oleh Syarikat Austria Technologie & Systemtechnic AG (AT&S) iaitu pengeluar utama dunia bagi produk pengilangan substrat papan litar bercetak (PCB) yang berkualiti tinggi dan kerja-kerja pembinaan pusat pengeluaran substrat litar bersepadu (IC).

Kemajuan kerja-kerja pembinaan ini hanya mengambil masa 4 bulan bermula hari pertama rundingan dengan kerajaan Kedah.

Pelaburan ini bukan sahaja bakal mewujudkan 6,000 peluang pekerjaan buat rakyat Malaysia, ia juga akan memberi peluang untuk kontraktor dan Perbadanan Perusahaan Kecil (PKS) tempatan.

"Kerja piling (cerucuk) akan bermula esok, ini kerana kita buat kerja cepat dengan mengenepikan karenah birokrasi di semua peringkat dalam pentadbiran kerajaan negeri," ujar YAB MB Haji Sanusi.

Turut hadir Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Dato’ Seri Azmin Ali.

“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”


Tiada ulasan