Header Ads

test

ADUN BUKIT LADA ZIARAH MANGSA BANJIR




ADUN BUKIT LADA ZIARAH MANGSA BANJIR

POKOK SENA – Hujan lebat berterusan selama dua jam telah mengakibatkan beberapa tempat di Poko Sena ditenggelami air.

Tujuh tempat yang dinaiki air antaranya, jalan Kampung Machang Kudung, Kampung Kolon, Kampung Kotan, Kampung Yoi, Taman Puteri, Klinik Kesihatan Jabi dan Pejabat Pertanian Gajah Mati.

ADUN Bukit Lada, YB Ustaz Salim Mahmood hadir meninjau dan menziarahi mangsa yang dipindahkan ke tempat sementara di Masjid Sungai Durian, semalam.

Turut hadir, Pengarah Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Bukit Lada, Haji Radhi Mat Din.

YB Ustaz Salim turut menyewa tiga backho dalam usaha mempercepatkan mengurangi saluran air yang bertakung di Pulau Keramat, Sungai Durian dan Taman Puteri.

“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”

Tiada ulasan