Header Ads

test

MB KEDAH TERIMA DARJAH KEBESARAN, DATO' SERI ALOR SETAR


MB KEDAH TERIMA DARJAH KEBESARAN, DATO' SERI
ALOR SETAR - Menteri Besar, YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor menerima Darjah Kebesaran Negeri apabila dianugerahkan Darjah Seri Paduka Mahkota Kedah (SPMK) yang membawa gelaran Dato' Seri, hari ini.
Penganugerahan ini diperkenankan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke-76.
Baginda juga menganugerahkan Darjah Sultan Sallehuddin Kedah (DSSS) yang membawa gelaran Dato' kepada tiga individu termasuk Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, YB Hajah Halimaton Shaadiah Saad dan Speaker Dewan Undangan Negeri, YB Haji Johari Bulat.
Sultan Sallehuddin turut menganugerahkan Darjah Dato' Setia Diraja Kedah (DSDK) yang membawa gelaran Dato' kepada 15 individu termasuk Penasihat Undang-Undang Negeri Kedah, Nik Azhan Hakim Nik Mahmood.
Selain itu, seorang penerima Darjah Seri Setia Diraja Kedah (SSDK), seorang bagi Darjah Gemilang Seri Mahkota Kedah (DGMK), dua orang bagi Darjah Dato' Setia Pahlawan Negeri Kedah (DSPK) dan tiga orang bagi Darjah Dato' Setia Pahlawan (DDSP).

“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”


Tiada ulasan