Header Ads

test

65 ANAK YATIM TERIMA SUMBANGAN TABLET

 


65 ANAK YATIM TERIMA SUMBANGAN TABLET

ALOR SETAR – Seramai 65 anak yatim terpilih menerima sumbangan tablet daripada Majlis Kebajikan Negeri Kedah, baru-baru ini.

Sumbangan ini disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YB Dato’ Hajah Halimaton Shaadiah Saad di Urban Transformation Centre (UTC).

Anak-anak yatim ini terdiri daripada Pertubuhan Kebajikan Ibu Tunggal dan Anak Yatim Kedah (PRITY), Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia (LKPIM), Pertubuhan Kesedaran Wanita Kedah (PKWK), Badan Usaha Didikan Anak Yatim Negeri Kedah (BUDI) dan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM).

Maklumnya, anak-anak yatim ini turut diberi bimbingan akademik dan kaunseling melalui program pemantapan Sijil Pendidikan Malaysia (SPM) dengan kerjasama Pusat Pengajian Sains Matematik Universiti Sains Malaysia (USM) dan Biro Ekonomi Majlis Kebajikan Negeri Kedah.

"Objektif utama program pendidikan ini dilaksanakan adalah untuk meningkatkan prestasi peserta yang akan menduduki SPM. Program ini juga membantu dalam menggilapkan kemahiran sahsiah dan juga personaliti diri.

"Ia juga bertujuan memberi kesedaran kepada pelajar golongan B40 berkaitan kepentingan pendidikan dalam mengubah taraf kehidupan mereka," ujarnya.

"Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua"

Tiada ulasan