Header Ads

test

DSSM TEKAD PERTAHAN SENI SILAT MELAYU



 DSSM TEKAD PERTAHAN SENI SILAT MELAYU

ALOR SETAR - Persatuan Dunia Seni Silat Melayu (DSSM) Kedah bertekad membantu kerajaan negeri mempertahankan kebudayaan dan kesenian ilmu persilatan daripada luput dalam kalangan masyarakat Melayu.

Yang Dipertua DSSM Kedah, Ammar Salimi Abd Kadir berkata pihaknya memberi sokongan penuh ke atas sebarang dasar kerajaan negeri yang baik untuk agama, bangsa dan pentadbiran negeri.

"Kita mendokong apa dasar-dasar yang baik daripada kerajaan negeri serta menyokong penuh kepimpinan kerajaan negeri," ujarnya selepas mengadakan kunjung hormat kepada Menteri Besar, YAB Dato' Seri Haji Muhammad Sanusi Md. Nor di Wisma Darul Aman, pagi tadi.

Ammar Salimi turut berpandangan Kedah mampu menjadi tuan rumah penganjuran Festival Himpunan Dunia Seni Silat Melayu Malaysia kali ke-10 memandangkan sambutan baik yang ditunjukkan kumpulan-kumpulan persilatan dalam komuniti dan sokongan daripada kerajaan negeri.
Maklumnya lagi, persatuan silat giat menjalankan aktiviti bersama golongan belia untuk membina sahsiah dan jati diri mereka.

"Usaha di peringkat persatuan silat, kita menumpukan kebudayaan dan kesenian yang menjadi jalan dakwah untuk kita dekati dan membentuk sahsiah belia di kampung dan bandar," ujarnya lagi.

“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”

Tiada ulasan