Header Ads

test

BANTUAN KIDA RINGANKAN BEBAN ASNAF








BANTUAN KIDA RINGANKAN BEBAN ASNAF

POKOK SENA - Kegigihan seorang ibu Orang Kelainan Upaya (OKU), Azira Keria (47) yang hadir menerima bantuan Kad Kasih Ibu Darul Aman (KIDA) mendapat perhatian daripada Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Komunikasi dan Multimedia, YB Wan Romani Wan Salim.

Katanya, keadaan kehidupan pada zaman sekarang ini menyebabkan ramai rakyat mendapat tekanan hidup.

"Kehidupan masyarakat hari ini sangat tertekan, ada di kalangan mereka membuat beberapa pekerjaan bagi menyara keluarga mereka.

"Bantuan KIDA ini dilihat sebagai langkah tepat pihak kerajaan bagi membantu mereka yang kesusahan, dimaklumkan bahawa seramai 250 wakil keluarga telah terpilih menerima inisiatif kali ini,” ujar beliau ketika ditemui.

Program bantuan ini merupakan program kerjasama Kerajaan Negeri Kedah bersama Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER).

Pemangku Pengarah NCER Negeri Kedah, Zaharin Zahari berkata, melalui inisiatif para penerima akan menerima wang sebanyak RM250 setiap bulan dan boleh berbelanja di kedai terpilih sekitar Pokok Sena ini.
“Penerima turut menerima bantuan perubatan bernilai RM500, kesemua inisiatif ini akan boleh digunakan bermula awal tahun 2022," ujar beliau,

Beliau turut memaklumkan kepada penduduk yang ingin mengalami kesukaran mendaftarkan permohonan bantuan I-Sinar melalui laman sesawang, mereka boleh terus ke Pejabat Daerah dan Pejabat Kebajikan setiap daerah bagi dibantu pegawai bertugas.

“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”


 

Tiada ulasan