Header Ads

test

KENANG PENGORBANAN MAK, AYAH DI KAMPUNG

 


KENANG PENGORBANAN MAK, AYAH DI KAMPUNG

KAHERAH : Menteri Besar, YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor menasihat para pelajar di Mesir supaya belajar bersungguh-sungguh demi membalas jasa ibu dan ayah.

“Mak ayah kita berhabis (belanja) duit yang banyak, kadang-kadang ada yang sampai jual tanah, kereta dan lembu. Semua itu kita tak tau apa yang mak ayah kita gadaikan semata-mata untuk bagi kita mai mengaji di sini.

“Ramai yang berhutang untuk bagi anak mereka sambung mengaji, ada yang mai minta duit kat saya pun ada. Masa tu nak bagi pun saya tak berapa ada, bagilah sikit yang mana ada. Kenanglah pengorbanan ayah mak, adik-adik yang ada di kampung,” ujar beliau.

Beliau berkata demikian ketika majlis Ramah Mesra Menteri Besar & Delegasi Kerajaan Negeri Kedah bersama Anak-anak Kedah di Mesir, semalam.

Katanya lagi, beliau mengharap para pelajar pulang ke Malaysia membawa kejayaan dan dapat memberi manfaat yang besar kepada rakyat.

“Saya berharap semua pelajar Kedah selepas melalui proses pendidikan, pastikan ada kemahiran yang banyak.

“Saya juga mengharapkan semua pelajar yang sedang melanjutkan pelajaran menjadi penyokong dan pendokong kepada perjuangan untuk meletakkan Kedah di tempat yang sepatutnya,” ujar beliau.

Turut hadir, Exco Pembangunan Insan, YB Dato’ Hajah Ustazah Siti Ashah Haji Ghazali, Ketua Polis Negeri Kedah, Dato’ Kamarul Zaman Mamat, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Negeri Kedah, Dato’ Syeikh Zakaria Othman, Pengerusi Yayasan Islam, Dr. Ahmad Fakhruddin Fakhrurazi dan Duta Besar Malaysia ke Mesir, Tuan Yang Terutama Zamani Ismail.

“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”

Tiada ulasan