Header Ads

test

GOTONG ROYONG PERDANA PASCA BANJIR DAERAH BALING

 

GOTONG ROYONG PERDANA PASCA BANJIR DAERAH BALING

BALING - Lebih RM30 ribu diperuntukkan oleh kerajaan negeri bersama sumbangan ADUN Kupang, Kuala Ketil, Bayu dan Ahli Parlimen Baling bagi melancarkan program Gotong Royong Perdana Pasca Banjir Musim Peralihan Monsun Timur Laut Peringkat Daerah Baling yang berlangsung di perkarangan surau Kampung Bukit Kuala Kuang, semalam.

Program ini dirasmikan oleh Exco Kesihatan dan Kerajaan Tempatan, YB Dato' Dr Mohd Hayati Othman mewakili Menteri Besar, YAB Dato' Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor.

Turut hadir, Exco Agama dan Pendidikan, YB Brigedier Jeneral Dato' Haji Najmi Haji Ahmad (B) Ahli Parlimen Baling, YB Datuk Seri Panglima Abdul Azeez Abdul Rahim, ADUN Kuala Ketil, YB Mejar (B) Mansor Zakaria dan ADUN Bayu, YB Nasir Idris.


“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”

Tiada ulasan