Header Ads

test

KEDAH LULUS CUTI PERISTIWA THAIPUSAM


 
KEDAH LULUS CUTI PERISTIWA THAIPUSAM

YAN - Kerajaan negeri mengumumkan cuti peristiwa perayaan Thaipusam di negeri ini yang bakal disambut pada 18 Januari depan.

Menteri Besar, YAB Dato' Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor berkata cuti yang diberikan ini dimuktamadkan dalam Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri Kedah yang diadakan semalam.

“Cuti peristiwa ini bukan diberikan secara automatik setiap tahun, sebaliknya perlu dibincang dan diluluskan dalam mesyuarat Exco setiap kali tibanya satu-satu peristiwa.

“Hari ini kita telah putuskan dalam MMK untuk meluluskan cuti peristiwa tersebut dan harapnya keputusan ini akan beri kegembiraan kepada penganut Hindu yang menyambut Thaipusam,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada sidang media selepas merasmikan Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) Projek Pembinaan Struktrur Sabo Serta Kerja-Kerja Berkaitan Dalam Daerah Yan dan Kuala Muda di Pusat Bekalan Titi Hayun di sini, semalam.

Katanya, rakyat perlu patuh dengan arahan daripada Kerajaan negeri bagi yang tertakluk kepada Akta Cuti Peristiwa.

“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”

Tiada ulasan